PRODUK GARDENIA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN

PRODUK GARDENIA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN

TEBUS KOLEKSI EDISI TERHAD SEKARANG
SEBELUM TERLAMBAT!

Terma & Syarat

Promosi Program Gardenia ‘Penebusan Antara Dimensi Bersama Ejen Ali’ (“Promosi”) dianjurkan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (“Penganjur”). Dengan menyertai Promosi ini, anda (“Peserta”) mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk menerima Terma & Syarat yang tertera seperti berikut:

1PenganjurGardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.
2PromosiProgram Gardenia ‘Penebusan Antara Dimensi Bersama Ejen Ali’
3Tempoh Promosi

a. Promosi ini akan berlangsung dari 1 Mei 2025 hingga 31 Julai 2025.

b. Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 23:59:59 (waktu Malaysia) pada 31 Julai 2025. Sebarang penyertaan yang diterima di luar Tempoh Promosi ini akan dibatalkan secara automatik.

4KelayakanPromosi ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang menetap dan beralamat tempat tinggal di Malaysia dengan dokumen pengenalan diri yang sah, berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permulaan Promosi, kecuali kakitangan Penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat sekutunya, pembekal/ pengedar, agensi-agensi promosi, dan agensi-agensi pengiklanan/ perhubungan yang terlibat dalam Promosi ini.
5Produk Yang Turut Serta

Para Peserta harus membeli mana-mana “Produk Yang Turut Serta” yang tersenarai di bawah.

Produk Yang Turut Serta
Gardenia Original Classic Roti Putih (400g) / Jumbo Roti Putih (600g) / Roti Frankfurter
Gardenia Breakthru Roti Bran & Germa Gandum / Roti Gandum Penuh
Gardenia Toast’em Roti Choco Perfecto / Butterscotch / Coklat Kismis / Mentega Kismis / Pandan Kelapa
Gardenia Gourmet Selections Roti Sommerset Cottage
Gardenia Roll-Up Wraps Klasik / Mil Penuh / Bawang Putih
Gardenia Fluffy Buns Coklat Malta / Kastard Jagung / Kacang Merah Adzuki
Gardenia PUAZZ! Sambal Mackerel / Kari Ayam / Sambal Bilis / Ayam Lada Hitam
Gardenia Twiggies Choc-a-lot / Cream Dream Vanilla / Tiramisu / Peanut Butter Bounce
Gardenia Squiggles Choco Malto / Funky Strawberry
Gardenia Toast’em Wafel Vanila / Coklat / Beri Biru
Gardenia QuickBites Gold Roti Krim Black Forest / Karamel Masin / Coklat Kacang Hazel / Pandan Gula Melaka
Gardenia QuickBites Roti Krim Jagung / Vanila / Butter Sugar / Coklat / Variasi Baharu
Gardenia QuickBites Ban Kacang Merah
Gardenia QuickBites Double Choc Muffins
6Cara-cara Penebusan

a. Beli mana-mana Produk Yang Turut Serta secara luar talian sahaja (in-store) dari mana-mana peruncit atau kedai di Semenanjung Malaysia sahaja semasa Tempoh Promosi.

b. Resit tunggal atau kombinasi sehingga 5 resit pembelian untuk setiap penebusan akan diterima.

c. Imbas kod QR yang disediakan atau layari www.gardeniaxejenali.com.

d. Lengkapkan borang penebusan dalam talian (online), lampirkan gambar (-gambar) seluruh resit pembelian yang jelas dan pilih koleksi edisi terhad yang ingin ditebus. Pastikan semua maklumat penebusan diisi dengan betul dan tepat.

e. Tekan butang ‘Hantar ke WhatsApp’. Apabila aplikasi WhatsApp dibuka, tekan ‘Hantar’ untuk menghantar borang penebusan yang telah diisi.

f. Simpan resit (-resit) pembelian bercetak asal bertarikh dalam Tempoh Promosi dengan butiran resit yang sepadan dengan penebusan yang dihantar sebagai “Bukti Pembelian”.

g. Para Peserta tidak dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu 1 penebusan dengan Bukti Pembelian yang sama kepada Penganjur.

h. Sekiranya Bukti Pembelian yang sama diterima oleh Penganjur dalam pelbagai penebusan, penebusan yang paling awal diterima akan diambil kira. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menolak mana-mana penebusan selepas itu dengan Bukti Pembelian yang sama, sama ada dengan nama Peserta yang lain atau sebaliknya.

7Penebusan Koleksi Edisi Terhad

a. Terdapat sebanyak 6,000 koleksi edisi terhad untuk ditebus dalam Promosi ini:

·         Sticker x 3,000 keping (reka bentuk akan diberikan secara rawak)

Dengan pembelian Produk Yang Turut Serta berjumlah RM6.00.

·         Beg Eko Serbaguna x 2,000 unit

Dengan pembelian Produk Yang Turut Serta berjumlah RM15.00

·         Beg Kanvas x 1,000 unit

Dengan pembelian Produk Yang Turut Serta berjumlah RM25.00

b. Setiap borang penebusan layak untuk penebusan satu (1) koleksi edisi terhad sahaja. Sebagai contoh, sekiranya jumlah keseluruhan pembelian produk Gardenia daripada semua resit yang dimuat naik adalah RM30.00 dan Peserta memilih untuk menebus Beg Eko Serbaguna, hanya satu (1) unit Beg Eko Serbaguna akan diberikan. Sebarang baki atau amaun berlebihan daripada jumlah tersebut akan dibatalkan.

c. Setiap Peserta layak untuk menebus maksimum empat (4) koleksi edisi terhad sahaja sepanjang Tempoh Promosi.

d. Penebusan koleksi edisi terhad adalah sementara stok masih ada. Penebusan yang diterima paling awal akan diproses terdahulu.

e. Sekiranya penebusan koleksi edisi terhad yang diminta oleh Peserta kehabisan stok, pihak Penganjur berhak untuk menggantikan dengan koleksi edisi terhad yang lain untuk Peserta.

f. Penebusan koleksi edisi terhad akan dihantar ke alamat penghantaran yang diberikan oleh Peserta dalam masa 8 minggu bekerja selepas pengesahan penyertaan. Pihak Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga tetapi tidak akan bertanggungjawab sekiranya koleksi edisi terhad tidak diterima, lewat atau rosak semasa penghantaran.

g. Bagi penebusan koleksi edisi terhad yang dihantar terus kepada Peserta, bukti penghantaran adalah bukti penerimaan dan penyerahan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk jaminan, penyelenggaraan, cukai atau sebarang kos tambahan bagi koleksi edisi terhad penebusan tersebut. Koleksi edisi terhad penebusan akan dihantar ke alamat dalam Semenanjung Malaysia sahaja.

h. Pihak Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menggantikan mana-mana koleksi edisi terhad dengan koleksi-koleksi lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua koleksi edisi terhad tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar untuk apa-apa format atas sebarang sebab. Semua koleksi diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

8Perincian Pengesahan Penebusan

Penebusan yang diterima akan disemak dan disahkan berdasarkan perkara-perkara berikut:

a. Semua maklumat yang diminta dan diperlukan dalam borang penebusan dalam talian (online) diisi dengan betul dan tepat.

b. Gambar Bukti Pembelian yang dilampirkan menunjukkan dengan jelas Produk Yang Turut Serta dan bilangan yang dibeli, nombor resit, tarikh resit dalam Tempoh Promosi, nilai pembelian dan nama kedai.

c. Hanya resit-resit pembelian bercetak yang asal dan sah dengan maklumat dan butiran produk yang jelas dan lengkap akan diterima. Resit-resit yang sukar dibaca, rosak, diubah, disalin semula, dicetak semula (copy/duplicate), diperolehi secara tidak sah, tersalah cetak atau kesilapan lain atau cetakan tidak jelas atau tidak mengandungi maklumat yang diperlukan adalah tidak sah dan tidak akan diterima. Penganjur mempunyai budi bicara mutlak dan hak untuk membatalkan kelayakan mana-mana resit tidak sah tersebut tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

d. Resit-resit tanpa deskripsi Produk Yang Turut Serta atau deskripsi produk yang tidak jelas, resit manual atau tulisan tangan, resit e-dagang, pesanan pembelian, nota penghantaran, slip transaksi kad kredit/debit, tangkap layar e-resit dan tangkap layar transaksi bank atau e-dompet tidak akan diterima sebagai bukti pembelian.

e. Pembelian secara pukal terus daripada kilang Penganjur adalah tidak layak untuk menyertai Promosi ini.

f. Peserta mungkin dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan diri untuk tujuan pengesahan. Bentuk-bentuk bukti pengenalan diri yang diterima oleh Penganjur adalah kad pengenalan Malaysia atau lesen memandu Malaysia yang sah. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan Peserta atas kegagalan dalam mengemukakan bukti pengenalan diri yang sah.

g. Pihak Penganjur berhak untuk menolak penebusan sebarang koleksi edisi terhad atau sebahagiannya bagi apa-apa sebab atau sekiranya Peserta gagal memenuhi keperluan yang ditetapkan untuk penebusan koleksi-koleksi.

9Lain-lain

a. Semua kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang dikenakan untuk menyertai Promosi dan untuk menebus koleksi edisi terhad adalah tanggungjawab Peserta sepenuhnya.

b. Para Peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penebusan di dalam Promosi dan daripada tuntutan/ penggunaan koleksi.

c. Pihak Penganjur dan kesemua pihak yang terlibat dalam Promosi ini termasuk pengarah, pegawai dan ejen adalah tidak bertanggungjawab terhadap yang berikut:

·         Campur tangan oleh pihak yang tidak berkenaan;

·         Kesilapan manusia dan kegagalan elektronik/teknikal dalam pentadbiran Penebusan ini;

·         Sebarang penebusan yang salah dihantar atau tidak diterima atas apa-apa sebab; dan

·         Semua liabiliti (termasuk kematian) yang terlibat sama ada disebabkan penggunaan koleksi dan/atau penebusan dalam Promosi ini secara langsung atau tidak langsung.

d. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, menukar atau mengubah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu dan para Peserta akan terikat dengan perubahan kepada Terma dan Syarat ini.

e. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat dan panggilan tidak akan dilayan.

f. Dengan menyertai Promosi ini, setiap Peserta memberi keizinan kepada Penganjur untuk menyimpan maklumat peribadi mereka dan memproses maklumat peribadi mereka untuk tujuan Promosi, dan setiap Peserta bersetuju bahawa pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar Peserta serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan di media cetak dan media elektronik tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap Peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penebusan tersebut oleh pihak Penganjur.

g. Penganjur akan mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan Peserta. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan Peserta. Dengan memberikan maklumat peribadi, Peserta mengakui dan mengesahkan bahawa mereka memberikan kebenaran kepada Penganjur dan/atau ejen-ejen sahnya untuk menggunakan maklumat tersebut bagi tujuan pemasaran dan promosi semasa atau akan datang, serta untuk menambah baik produk dan perkhidmatan Penganjur. Maklumat peribadi Peserta tidak akan diberikan atau dikongsi dengan pihak-pihak ketiga untuk kegunaan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di laman web rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/ms/polisi-dan-privasi.

 

Untuk pertanyaan lanjut tentang Promosi ini, sila hubungi Hotline 017-6632673 melalui mesej WhatsApp sahaja, Isnin – Jumaat, 10 pagi – 5 petang, kecuali cuti umum.